PELAN PENJANA BAGI INDUSTRI KREATIF

MyCreative menyambut baik peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pelan PENJANA bagi Industri Kreatif adalah pelbagai inisiatif pemulihan bagi industri kreatif di bawah PENJANA, yang akan ditadbir dan diurus oleh MyCreative Ventures, di bawah kawalselia Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Ia telah dirangka khas untuk membantu industri seni, budaya, hiburan dan pementasan, samaada di kalangan penggiat mahupun perniagaan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk bangkit semula menjalankan aktiviti kreatif mereka.

Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula  demi kelangsungan pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.

Hubungi kami dengan sebarang pertanyaan tentang permohonan anda.

Untuk gambaran yang lebih jelas sila rujuk kepada lembaran fakta ini.

 

MyCreative welcomes the allocation announced by YAB Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin via the Short-Term Economic Recovery Plan (PENJANA), which focuses on helping creative industry activists and businesses affected by the Covid-19 pandemic.The PENJANA Plan for the Creative Industries is a set of recovery initiatives introduced for the Creative Industry under the PENJANA, administered and managed by MyCreative Ventures and supervised by Ministry of Communications.

It has been designed to help the arts, culture, entertainment and event industries adapt to the new normal and assist those creative industry practitioners & businesses that was affected by COVID-19.

The main objective is to enable creative industry practitioners & businesses to resume their creative activities and sustain the livelihood of many within the industry who depend on it.

Do reach out to us if you have any queries regarding your application.

For an overview of the offerings available via the PENJANA Plan for the Creative Industry under the MyCreative Group, please refer to the factsheet.

Who got funded?

See all funded businesses that have made a mark both locally and internationally.

Learn more