RIUH ‘RITMA RAYA’ Dijangka Tarik Lebih 20,000 Pengunjung Ke Sentul Depot Hujung Minggu Ini
May 24, 2023
Acara RIUH, RITMA RAYA akan berlangsung dari pukul tiga petang hingga 12 malam dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung dan bakal menampilkan 100 jenama kreatif tempatan untuk mempromosikan perniagaan mereka khas sempena hari raya.
Sebagai sebuah platform yang mendekatkan seni dengan masyarakat, acara RIUH yang diterajui Kementerian Komunikasi Digital (KKD) melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative) membuka peluang kepada usahawan kreatif tempatan mempromosikan jenama mereka sekaligus memperkukuh kedudukan pengkomersilan mereka dalam pasaran.
More Media Coverages