SIARAN MEDIA
RIUH DAN LAZADA BEKERJASAMA MENGANJURKAN RITMA RAYA, BAKAL MENARIK LEBIH 20,000 PENGUNJUNG
KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2023 – Acara RIUH anjuran Kumpulan MyCreative (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini kembali dengan kerjasama rakan strategik utama, Lazada dan rakan media, Tonton bertemakan RITMA RAYA, “Serentak Beraya, Senada Membeli” bermula 8 hingga 9 April 2023, pukul 3 petang hingga 12 malam di Sentul Depot, Sentul, Kuala Lumpur.
Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir di RIUH X Lazada, RITMA RAYA yang turut menampilkan 100 jenama kreatif bagi mempromosi perniagaan serta memperkukuh kedudukan pengkomersilan mereka sempena hari raya.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Junady Nawawi berkata, RIUH kali ini lebih menarik dengan adanya kerjasama Lazada dan Tonton yang kedua duanya mempunyai jangkauan pengguna yang tinggi. Berlatarbelakangkan hab kejuruteraan kereta api awal tahun 1990, yang kini telah diperbaharui oleh YTL Land & Development, pemilihan Sentul Depot adalah bertepatan dengan konsep pasar tani acara RIUH X Lazada, RITMA RAYA.
Sepanjang dua hari RIUH X Lazada, RITMA RAYA, pengunjung bukan sahaja dapat membeli-belah secara online-to-offline (O2O), malah turut menyokong kempen derma amal ‘Membeli untuk Memberi’ yang diterajui Lazada bersama-sama Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction. Hasil kutipan akan digunakan untuk penyediaan set ‘Pakej Raya’ yang mengandungi makanan, produk kebersihan dan keperluan asas yang lain untuk diagihkan kepada lebih 3,000 penerima sumbangan di seluruh Malaysia, termasuklah komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR), rumah jagaan prihatin serta rumah anak yatim. Pengunjung juga boleh membeli atau menderma pakaian terpakai kepada pelarian Islam melalui usaha sama dengan Refuge for the Refugees di kedai pakaian terpakai, LOOOP.
RIUH turut bekerjasama dengan Malaysia Forest Fund (MFF) bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai pelepasan dan jejak karbon melalui pendekatan permainan interaktif.
#TAMAT#
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Gina Subki
Pengurus Komunikasi Korporat
gina@riuh.com.my | +6012 3177366
Falliq Effendy
Pengurus, Komunikasi Strategik
falliq@mycreative.com.my | +6012 932 1347
Alia Wahidin
Komunikasi dan Media, weareCXPR
alia@wearecxpr.com.my | +6017 991 5354
Felicia Ds
Komunikasi dan Media, weareCXPR
felicia@wearecxpr.com.my | +6010 290 3092
MENGENAI RIUH
RIUH merupakan platform kreatif yang menjadi nadi kepada jenama tempatan, citarasa tempatan serta antarabangsa untuk diraikan melalui bengkel kreatif, pameran, persembahan langsung, semua di satu lokasi. Fokus utama RIUH adalah untuk mendekatkan penggiat industri kreatif kepada masyarakat dan mengetengahkan produk dan bakat industri kreatif Malaysia. RIUH memperkasa daya cipta penggiat dan artis kreatif sejak Ogos 2017, menjadikan RIUH antara acara utama di Malaysia. Ikuti RIUH dalam misi menyemarakkan jiwa rakyat Malaysia melalui seni dan budaya. Sila layari www.riuh.com.my dan RIUH di Instagram dan Facebook @riuhinthecity.
MENGENAI KUMPULAN MYCREATIVE
MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”/“Kumpulan MyCreative”) ditubuhkan dengan objektif untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan strategik dan inovatif. Diperbadankan pada tahun 2012, MyCreative merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dibawah seliaan Kementerian Komunikasi Digital Malaysia (KKDM). Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit di bawahnya iaitu R!UH dan CENDANA pada tahun 2017.
Berikutan pembukaan sektor kreatif, tumpuan Kumpulan MyCreative dipertingkat untuk memacu ekonomi jingga Malaysia melalui inisiatif pembangunan ekosistem yang disusun secara strategik, menerusi bantuan pembiayaan dan pelaburan inovatif, demi mencapai objektif utama untuk meningkatkan sumbangan ekonomi daripada sektor kreatif.
MENGENAI KUMPULAN LAZADA
Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 10 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Dengan visi untuk mencapai GMV tahunan sebanyak USD100 bilion, Lazada bertekad untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030 dan menjadi platform eDagang terbaik yang boleh mengupayakan pelbagai jenama serta penjual untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Di Malaysia, para pelanggan boleh berbelanja di Lazada dengan tenteram dan menerima pesanan dengan lebih pantas dan andal terjamin menerusi pilihan 'Penghantaran Pantas dan Percuma' serta ‘Priority Delivery'. Status pesanan juga boleh disemak di aplikasi Lazada dan para pelanggan boleh lebih berjimat dengan baucar 'Penghantaran Percuma' dan pelbagai promosi.